Salam Celutcak...
Malam nih, baru ada masa nak upload semua code warna dan kartun untuk anda semua membuat pilihan... Semuanya amat menarik dari segi kombinasi warnanya, motifnya (yang begitu menarik dan yang pastinya kiut miut; seperti model Celutcak kami, Nurul). Ditambah lagi apabila semuanya telah siap dengan renda, sudah tentu anda berpuas hati. Saya, sebagai designer juga amat berbesar hati dapat memberikan design dan kualiti yang terbaik disamping harga yang amat berpatutan dalam pasaran.
Kami lebih menerapkan design kontemporari, yang lebih simple dan menarik. Tanpa menggunakan renda ataupun lace yang berlebihan pada tilam atau bantal, (hanya pada bakul dan tilam) akan membuatkan bayi anda tidur atau bermain dengan selesa di atasnya... Kami juga berpendapat, anda sebagai ibu/ bapa/ orang dewasa juga rasa tidak selesa sekiranya terlalu banyak renda-renda dan lace di atas bantal anda. Begitu juga dengan bayi anda. Biar simple but really nice. Sedap mata memandangnya. Jadi, aspek-aspek sebeginilah yang sentiasa kami pantau untuk keselesaan semua pihak.
Kami amat mengalu-alukan komen dari pelbagai pihak untuk meningkatkan lagi kualiti produk kami. Segala pertanyaan dan makluman lanjut boleh la email kepada celutcak@gmail.com.
Sekian buat kali ini... dan terima kasih atas sokongan anda.
Dari Celutcak Team
Popular Posts
-
Salam Celutcak.. . Malam nih, baru ada masa nak upload semua code warna dan kartun untuk anda semua membuat pilihan... Semuanya amat mena...
















